Thursday, 26 February 2015

Cara redakan gastrik

iapa di sini yang pernah kena gastrik pasti tahu betapa seksanya bila diserang gastrik. Muka pun jadi hodoh dek kerana menahan sakit, jalan terbongkok-bongkok bagai nenek-nenek si bongkok tiga. Memang tak cun lah jadinya haishh

Tahukah anda apa sebenarnya gastrik tu? Dalam bahasa perubatan, gastrik bermaksud perut. Penyakit gastrik yang orang melayu dok sebut-sebut ni sebetulnya ialah "Gastritis"..Gastritis bermaksud radang perut. Keradangan ini berlaku di bahagian lapisan dalam perut.



Punca Gastrik

  • Helicobacter pylori (H. pylori):  Sejenis bakteria yang tinggal dalam lapisan mukosa perut. Jika tak diubati akan menyebabkan ulser atau paling dasyat, kanser perut.
  • Pernicious anemia: Sejenis anaemia yang terjadi bila perut tak dapat hasilkan bahan semulajadi yang dapat menyerap dan menghadam vitamin b12. 
  • Reflux hempedu: Cecair hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu (yang menghubungkan hempedu dan hati)
  • Jangkitan bakteria dan virus
  • Minum alkohol berlebihan
  • Muntah-muntah yang teruk
  • Stress
  • Penggunaan sesetengah ubat seperti aspirin dan ubat-ubat anti radang yang lain

Antara simptom-simptom gastrik ialah:
* loya
* muntah
* perut rasa berangin
* rasa pedih perut

Pencegahan
>  kuranglan atau elakkan pengambilan alkohol, ubat anti radang (NSAID), kopi dan dadah
> kurangkan stress dengan cara yang baik seperti senaman atau solat
> elakkan memakan makan segera yang tinggi kandungan lemak trans
> elakkan makanan yang pedas dan terlalu berempah 

PERHATIAN!!
Sekiranya gastritis dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kita kehilangan darah yang banyak atau berisiko menghidapi kanser perut. Jadi dapatkan rawatan dengan segera!

Kebiasaannya rawatan untuk mild gastritis atau gastrik yang ringan ialah dengan minum ubat MT (Magnesium trisilicate). Dalam bahasa melayu kunonya, susu kapurlah hehe..ini adalah untuk meneutralkan kembali kadar asid yang tinggi dalam perut. Kalau tak dineutralkan maka nanti akan terhakislah lapisan dalam perut kita. Tak ke ngeri tu? 

Selain meminum susu kapur yang rasanya eheh den tak berapa gemar, ada juga pilihan lain iaitu dengan mengambil Set Gastrik Shaklee. Kajian menujukkan pengambilan nutrisi dan supplement yang betul mampu menolong mengatasi masalah gastrik. Dalam set gastrik Shaklee ini terdapat sumber protein yang membantu proses penyembuhan dan pembaharuan sel-sel dan tisu-tisu yang melapisi perut. Terdapat juga sumber vitamin seperti vitamin B dan mineral seperti kalsium dan magnesium yang membantu mengurangkan gejala gastrik. Selain itu terdapat asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan radang perut dan herba peppermint dqpat melegakan simptom.


*produk Shaklee bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan mencegah penyakit. 

Hubungi saya untuk konsultansi percuma dan pembelian produk mengikut bajet dan keperluaan anda

whatsapp/call/sms: 0133174886
emel: ummuhariz88@gmail.com
facebook: bonda cergas
shaklee id: 1182801