Monday, 9 March 2015

Cara memilih breast pump yang terbaik

Breast pump? Apa tu? Breast pump ialah alatan yang digunakan untuk pam susu badan. Zaman sekarang ni awareness tentang penyusuan badan dah semakin meningkat jadi breast pump dah jadi alat wajib untuk para ibu beli.



Apakah kegunaan breast pump ni selain daripada pam susu?
1. Untuk kumpul stok EBM (expressed breast milk). Sangat-sangat penting untuk ibu-ibu berkerjaya. EBM dikumpul sejak dalam pantang dan diteruskan sebaik sahaja mula bekerja. Jadi pemilihan breast pump harus menitikberatkan soal kegunaannya di pejabat nanti

2. Melegakan bengkak susu. Lazimnya ibu yang baru bersalin akan mengalami bengkak susu/engorged breast semasa minggu pertama dalam pantang. Maka breast pump boleh menjadi penyelamat.

3. Merangsang penghasilan susu yang lebih banyak. Ibu yang sedang menyusukan anak boleh pam susu sambil menyusu (tandem pumping) atau pam setiap kali lepas menyusu untuk banyakkan susu. Ibu yang sudah berhenti menyusu kemudian nak memulakan penyusuan semula (relaktasi) juga boleh menggunakan breast pump untuk merangsang kelenjar susu menghasilkan susu. Begitu juga dengan wanita yang ingin menyusukan anak angkat.

Jadi, breast pump macam mana yang kita kena pilih? Untuk memilih breast pump, ada kriteria-kriteria tertentu yang boleh dilihat

  • Bunyi motor
  • Berat dan saiz
  • Single atau double pumping
  • Beroperasi secara manual, bateri atau elektrik
  • Harga / nilai

Bunyi motor
Untuk kebanyakan wanita berkerjaya, bunyi motor sangatlah penting. Siapalah yang nak satu ofis tahu yang kita sedang pam susu betul tak? Silap haribulan ofis sebelah pun tahu kita sedang pam susu. Kadang- kadang bunyi motor pun boleh jadi annoying dan stressful walaupun hanya mengepam di rumah. Ada baby yang sensitif, elok-elok kita berjaya tidurkan dia, akhirnya dia terjaga dan merengek sebab bunyi breast pump yang kuat. Jadi sebelum beli breast pump, test lah dulu bunyi motornya.

Operasi manual, bateri atau elektrik
Cara operasi breast pump mempengaruhi berapa lama masa yang kita guna untuk sesi mengepam. Pam manual lebih lama mengepam susu berbanding elektrik. Namun ada pam elektrik yang tak dapat mengepam susu secara optimum lalu menyebabkan lebih lama masa diperlukan untuk mengepam sehumlah susu. Memang kena trial and error lah. Kebaikan pam manual ialah ia boleh digunakan semasa ketiadaan elektrik. Pam yang menggunakanbateri juga boleh digunakan. Ada juga pam elektrik yang boleh beroperasi menggunakan power bank atau bateri yang boleh dicaj dan tahan untuk beberapa jam penggunaan tanpa elektrik. Untuk standby waktu-waktu kecemasan eloklah invest dengan membeli satu pam manual yang berkualiti. Ia juga praktikal untuk digunakan semasa travel dalam kereta.

Single/double pumping
Double pump lebih menjimatkan masa daripada single pump. Bayangkan anda guna single pump, anda kena pam 15 minit di sebelah kiri dan 15 minit di sebelah kanan, menjadikan total masa yang digunakan sebanyak 30 minit. Berbanding double pump, anda boleh cut half of the time you spent on double pumping. Eh tiba-tiba terspeaking heheh.. Pendek kata double pump memang sangat-sangat menjimatkan masa especially untuk wanita berkerjaya. Namun untuk double pump, anda dinasihatkan untuk invest sedikit dengan membeli handsfree bra supaya tangan anda tak lenguh nak pegang 2 pam di tangan! Lenguh ok dan bosan sebab kedua-dua tangan telah ocuupied dengan aktiviti mengepam. With handsfree bra anda boleh multi-task dan jimat masa lagi di situ. See...anda juga mungkin boleh cuba Freemie collection cup yang membolehkan anda double pump secara handsfree.



Berat dan saiz
Ini juga merupakan kriteria penting. Untuk wanita bekerjaya dan yang suka travel dicadangkan beli breast pump yang kecil dan ringan supaya nanti tak sengsara nak packing dan bawa breast pump ke hulu ke hilir. Bigger size biasanya heavy duty dan tahan lasak namun ada juga breast pump yang kecil tapi tahan lasak.

User friendly
Pilihlah breast pump yang mudah nak pasang, mudah faham cara nak kendalikan, mudah handle, mudah cuci dan mudah jaga. Ini akan membuat hidup anda lebih mudah. Menguruskan EBM bagi saya ialah satu kerja yang banyak songeh. Macam-macam prosedur dan peraturan yang kena patuhi so kalau breast pump anda jenis yang memudahkan pengguna aka user friendly maka anda akan jimat lebih masa dan minda lebih tenang.

Harga
Tak semestinya yang mahal itu berkualiti dan yang murah itu tiada kualiti. Timbangkan faktor lain dalam pemilihan breast pump kemudian fikirkan adakah berbaloi dengan harganya. Pada saya, tiada breast pump yang sempurna. Semuanya ada pros n con masing-masing. Sekiranya anda mampu beli breast pump yang paling mahal pun, pasti ada satu dua perkara yang tidak memenuhi kriteria anda. Jangan kedekut dalam membeli breast pump kerana jika ia sangat berkualiti dan sesuai untuk anda, anda boleh gunakannya untuk anak-anak seterusnya pula. Buatlah pilihan bijak dan yang paling penting ukurlah baju di badan sendiri. Kalau breast pump A bagus untuk rakan anda, tak semestinya bagus untuk anda.

Happy shopping!

Wednesday, 4 March 2015

Bagus ke ESP Shaklee?

Ramai orang tanya hebat sangat ke ESP Shaklee ni? Berkesan ke? Apa yang bagusnya? Tak bahaya ke minum soya Shaklee ni?

Banyak plak soalannya hehe tapi jangan risau. Saya boleh jawab satu persatu :)

ESP bermaksud Energizing Soy Protein. Daripada namanya kita boleh conclude bahawa ESP ialah sumber protein yang berasaskan soya yang dapat membekalkan tenaga. Ok jom go through satu persatu dari sini.

Protein? Apa tu?
Protein merupakan unsur kedua terbesar dalam badan kita setelah air. 25% darpada tubuh kita ialah protein. Struktur asas protein ialah rantaian asid amino. Protein adalah seperti batu bata dalam membina tubuh kita. Orang putih cakap building blocks, yang penting untuk membentuk tulang, otot, tulang rawan, kulit dan darah. Pendek kata orotein ialah watak utama dalam tumbesaran tubuh manusia secara keseluruhannya. Selain itu protein juga berfungsi untuk membina sel-sel baru dan memperbaiki sel-sel lama yang telah rosak. Protein juga digunakan untuk membuat enzim, hormon dan unsur kimia yang lain di dalam tubuh kita.  



SOYA? Selamat ke?
Untuk pengetahuan pembaca sekalian kacang soya sememangnya berkhasiat untuk kita. Kerana khasiatnya yang tinggilah ramai syarikat makanan dan minuman yang berlumba-lumba untuk memasarkan produk berasaskan soya. Kemasyuran soya ini membuatkan demandnya semakin tinggi maka kebanyakan soya telah diubah secara genetik supaya dapat dihasilkan dengan lebih cepat bagi memenuhi permintaan pasaran hari ini. Soya yang telah diubahsuai genetiknya juga murah harganya berbanding soya yang tidak diubah suai. Kerana itulah majoriti minuman dan makanan yang berasaskan soya di pasaran murah harganya kerana kos pembuatannya telah berjaya dikurangkan dengan "mass production of soy". Soya yang telah diubah secara genetik inilah yang menyebabkan pelbagai masalah penyakit kepada pengguna. 

Soya juga perlu diproses mengikut cara yang betul agar khasiatnya tidak berkurangan.Soya merupakan kekacang yang kaya dengan protein. Dan protein akan termusnah sekiranya didedahkan kepada suhu yang tinggi. Oleh itu dalam proses menghasilkan makanan atau minuman soya, suhu hendaklah dijaga. Soya juga perlu di basuh dengan air, bukannya alkohol agar kandungan isoflavonenya terpelihara. Isoflavone ini penting untuk keseimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang. 

Soya juga perlu tumbuh secara organik agar segala khasiatnya terpelihara. Tanaman organik bermaksud tanaman yang tidak didedahkan dengan sebarang bahan kimia seoerti racun serangga perosak.

Selain itu bahan anti-thyroid/anti-growth dalam soya mestilah disingkirkan. Bahan-bahan ini terkandung secara semulajadi dalam soya. Sekiranya bahan anti thyroid atau anti growth ini tidak disingkirkan, ia akan menyebabkan masalah tekanan darah rendah. 

Si samping itu sebuah minuman berasaskan soya perlu mengandungi kalsium kerana soya itu adalah berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Jadi kalsium yang secukupnya diperlukan untuk meneutralkan kembali serbuk soya itu.

Soya juga mengandungi 9 asid amino perlu yang lengkap. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid amino ini tetapi amat memerlukannya untuk menghasilkan hormon, enzim, jus penghadaman dan antibodi. Sekiranya satu daripada 9 asid amino ini tiada maka sistem imuniti dalam badan kita akan berkurangan sebanyak 30% dan seterusnya banyak fungsi penting dalam badan kita akan terhentu atau menjadi perlahan.

Berdasarkan kriteria-kriteria diatas ingin saya tegaskan bahawa soya dalam ESP Shakee adalah non-GMO (non-genetically modified/tidak diubahsuai genetiknya), organik, kaya dengan 9 amino asid yang lengkap,  pembuatannya tidak melalui proses pemanasan, dicuci dengan air, dan mengandungi kalsium yang tinggi.

ESP merupakan pilihan terbaik untuk penggemar soya! Tanpa ragu-ragu lagi!
Bertenaga ke?
ESP membekalkan tenaga? Ya sudah pasti. Kandungan proteinnya yang tinggi dan rendah Glycemic Index menjadikannya pemangkin tenaga segera especially untuk kita yang sibuk dan sentiasa on the go. Apabila Glycemic Index rendah, maka tenaga dibebaskan secara perlahan so kita tak ceoat hilang tenaga. Kita juga akan lambat rasa lapar maka makan pun jadi kuranglah :)


So apa tunggu lagi? Memang terbaiklah ESP Shaklee ni! Macam-macam khasiatnya. Untuk tenaga, untuk kulit, untuk cepatkan penyembuhan luka pembedahan, untuk kurus, untuk tqmbah berat badan, untuk kesihatan dalaman dan untuk seisi keluarga! Nikmatilah khasiat ESP yang merupakan makanan sel paling utama dalam produk Shaklee!

whatsapp/call/sms: 0133174886
emel: ummuhariz88@gmail.com
facebook: bonda cergas
shaklee id: 1182801




Cara cantikkan rambut dan kuku

Masalah kuku dan rambut yang tidak cantik berseri sering membelenggu wanita. Tak kira sebanyak mana dan semahal mana produk yang anda ambil untuk menyelesaikan masalah, ia tidak akan selesai sekiranya tidak dirawat di akar umbi. Rambut yang kusam tak bermaya, gugur dan bercabang serta kuku yang rapuh dan tidak sekata sebenarnya merupakan petanda bahawa anda mengalami kekurangan nutrisi. Kekurangan nutrisi berlaku apabila anda tidak makan secukupnya atau terdapat masalah penyerapan makanan dalam sistem penghadaman tubuh anda.

Kuku dan rambut yang sihat
Kuku yang sihat lazimnya berwarna merah jambu/pinkish, kuat, tidak mudah oatah dan mempunyai kukit yang sihat disekelilingnya. Rambut yang sihat pula ialah rambut yang lebat, berkilat, tidak bercabang dan kelihatan sungguh bermaya.

Namun dalam suasana zaman sekarang yang dipenuhi dengan faktor-faktor stress, nak cepat dan tergesa-gesa membuatkan ramai yang mengabaikan kecantikan rambut dan kuku.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya kekurangan nutrisi ditampung dengan corak pemaknan yang sihat dan pengambilan supplement. Antara nutrisi yang penting untuk rambut dan kuku ialah

Lemak yang sihat. Lemak yang sihat boleh didapati daripada mentega, minyak zaitun, kekacang dan avokado. Membran sel yang sihat bergantung kepada jumlah lemak yang diambil dalam diet anda.  Jangan lupa untuk memasukkan makanan berlemak yang sihat dalam diet anda untuk meningkatkan pertumbuhan kuku dan rambut

Minyak ikan. Minyak ikan mengandungi asid lemak perlu yang juga disbut omega 3. Omega 3?diperlukan untuk menyuburkan folikel rambut seterusnya menguatkan rambut, memoercepatkan pertumbuhan rambut dan memberi kilatan yang cantik kepada rambut anda. Kuku anda juga akan menjadi lebih kuat dan kurang rapuh. Ambil 3000mg minyak ikan yang tinggi quality setiap hari.

GLA. Gamma linoleic acid (GLA) boleh didapati daripda biji benih bunga borage. Seperti Omega 3, GLA juga merupakan sejenis asid lemak yang sukar untuk diperoleh daripada makanan harian kita. Kandungan GLA yang tinggi dalam biji benih borage akan membantu menyelesaikan masalah rambut kering dan bercabang serta kuku yang rapuh. Ambil sejumlah 600mg GLA setiap hari.

Protein yang mencukupi. Protein boleh didapati daripada ikan, daging, ayam dan telur. Protein penting sebagai bahan binaan asas untuk sel. Badan kita sendiri terdiri daripada 25% protein. Rambut dan kuku juga merupakan sejenis struktur protein yang dipanggil keratin. Maka pengambilan protein yang mencukupi dapat menghasilkan rambut dan kuku yang kuat dan cantik.

Singkirkan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Lemak trans yang terkandung dalam kebanyakan makanan ringan dan makanan segera boleh membantutkan penyerapan asid lemak (yang memang selalu kekurangan dalam diet kita), jadi jauhkan daripada makanan yang tertulis mengandungi minyak terhidrogen (hidrogenated oil). Makanan dan minuman yang terlalu tinggi kandungan gula juga menyebabkan "kebocoran" mineral daripada tubuh anda. Kalsium, magnesium, zink, sulfur dan banyak lagi adalah mineral yang sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan kuku dan rambut yang sihat dan pengambilan gula yang tinggi akan menghalang penyerapan semua mineral ini.

PEYELESAIAN UNTUK MASALAH RAMBUT DAN KUKU

Rambut gugur atau menipis

Kuku rapuh atau terbelah


Kuku yang bergaris memanjang (vertical) atau berbentuk sudu (spoon nails)

Bintik/garisan putih diatas kuku

Kulat/fungus kuku


SET KECANTIKAN RAMBUT DAN KUKU SHAKLEE

Untuk kebanyakan masalah di atas, jangan risau! Shaklee ada penyelesaiannya. Penting untuk kita settle kan dulu pemakanan kita sebelum beralih kepada penggunaan produk luaran. Bila sel-sel dah sihat, lebih senang nak buat kerja dan mantapkan tubuh kita. Betul kan?

Shaklee ada beberapa supplement yang sangat penting untuk kita dapatkan kuku dan rambut yang cantik. Antaranya ialah

ESP
Ini ialah produk paling hot dalam Shaklee. Mengandungi 14g protein. Terdapat 9 asid amino yang sangat penting untuk tubuh kita. Protein ini diambil daripada soya non-GMO (yang tidak diubahsuai genetiknya) dan ditanam secara organik, iaitu tanpa pembasmi serangga perosak atau bahan kimia yang lain. Ianya dijual dalam canister yang mengandungi serbuk soya berkualiti tinggi. Serbuk tu boleh dibancuh sesedap rasa dengan air kosong atau apa-apa air kegemaran korang. Best sangat!!

ESP juga mengandungi biotin yang sangat bagus untuk masalah kuku rapuh atau mudah terbelah. Ia juga turut mengandungi asid lemak yang berkualiti untuk membentuk membran sel yang sihat bagi pertumbuhan kuku dan rambut. Selain itu terdapat juga zat besi, niacin, vitamin B6 dan lain-lain.
ZINC COMPLEX
Membekalkan 15mg zinc untuk kesihatan dan kecantikan kuku serta rambut.

GLA Complex
Diekstrak daripada minyak biji benih bunga Borage, GLA ini sangat berkualiti tinggi dan berupaya mengatasi masalah rambut kering dan bercabang serta menguatkan kuku anda.

B-Complex
Rangkaian vitamin B yang lengkap ini mampu merangsang pertumbuhan rambut agar tiada lagi masalah rambut gugur.

OMEGA GUARD
Mengandungi EPA dan DHA daripada minyak ikan berkualiti tinggi. Memberikan rambut dan kuku yang cantik berkilau.

SET PENJAGAAN RAMBUT PROSANTE DARIPADA SHAKLEE
Selain penjagaan dalaman oleh supplements Shaklee, Shaklee juga menawarkan set penjagaan luaran untuk rambut bagi melengkapkan lagi khasiat untuk rambut anda.

Wahhh mantapkan set penjagaan rambut Shaklee? Lengkap semua zat galiannya hehe..anda boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan harga boleh dibincang mengikut bajet anda :)

Konsultansi percuma oleh pengedar Shaklee anda yang osem, berpusat di Kuala Ibai, Kuala Terengganu (negeri lain pundialu-alukan contact saya)

Whatsapp/call/sms: 0133174886
Email: ummuhariz88@gmail.com
Facebook: Bonda Cergas
Shaklee ID: 1182801









Sunday, 1 March 2015

Perbezaan warna susu ibu

Kenapa susu saya berubah warna?

Susu ibu tak seperti susu formula. Susu ibu hidup. Ia dibekalkan mengikut keperluan bayi. 

Contohnya susu untuk bayi pramatang lebih kekuningan dan tinggi lemak untuk membantu bayi pramatang membesar dengan lebih cepat.

Pada cuaca panas pula, susu ibu lazimnya tinggi kandungan air maka lebih cair sifatnya supaya mengelakkan dehidrasi kepada bayi.

Susu di awal kelahiran dipanggil kolostrum. Ia sangat pekat, sedikit likat, dan berwarna kuning pekat. Pada peringkat ini ia mempunyai kandungan antibodi yang tinggi untuk melindungi bayi yang baru lahir daripada serangan penyakit.

Susu ibu juga terbahagi kepada 2 peringkat. Susu awal dan susu akhir. Susu awal ialah susu yang baru keluar. Lazimnya susu ini tinggi gula dan kurang kalori. Warnanya cair kebiruan. 

Susu akhir pula tinggi kalori dan lemak. Dan warnanya putih pekat berkrim. Sekiranya bayi anda minum terlalu banyak susu awal, najisnya akan berwarna hijau dan kebiasaannya bayi ini menunjukkan pertambahan berat badan yg kurang.
Sumber: breastfeeding basics



Berminat untuk menambah khasiat dan kualiti susu ibu? 

Set penyusuan Shaklee membekalkan khasiat nutrisi yang tinggi bagi pengeluaran susu ibu. Susu ibu pastinya menjadi lebih pekat dan lazat. Baby yang minum pun cepat kenyang dan gembira :)


Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultansi percuma.

Whatsapp/call/sms: 0133174886
Email: ummuhariz88@gmail.com
Facebook: Bonda Cergas
Shaklee ID: 1182801

Thursday, 26 February 2015

Cara redakan gastrik

iapa di sini yang pernah kena gastrik pasti tahu betapa seksanya bila diserang gastrik. Muka pun jadi hodoh dek kerana menahan sakit, jalan terbongkok-bongkok bagai nenek-nenek si bongkok tiga. Memang tak cun lah jadinya haishh

Tahukah anda apa sebenarnya gastrik tu? Dalam bahasa perubatan, gastrik bermaksud perut. Penyakit gastrik yang orang melayu dok sebut-sebut ni sebetulnya ialah "Gastritis"..Gastritis bermaksud radang perut. Keradangan ini berlaku di bahagian lapisan dalam perut.



Punca Gastrik

  • Helicobacter pylori (H. pylori):  Sejenis bakteria yang tinggal dalam lapisan mukosa perut. Jika tak diubati akan menyebabkan ulser atau paling dasyat, kanser perut.
  • Pernicious anemia: Sejenis anaemia yang terjadi bila perut tak dapat hasilkan bahan semulajadi yang dapat menyerap dan menghadam vitamin b12. 
  • Reflux hempedu: Cecair hempedu berpatah balik ke perut daripada saluran hempedu (yang menghubungkan hempedu dan hati)
  • Jangkitan bakteria dan virus
  • Minum alkohol berlebihan
  • Muntah-muntah yang teruk
  • Stress
  • Penggunaan sesetengah ubat seperti aspirin dan ubat-ubat anti radang yang lain

Antara simptom-simptom gastrik ialah:
* loya
* muntah
* perut rasa berangin
* rasa pedih perut

Pencegahan
>  kuranglan atau elakkan pengambilan alkohol, ubat anti radang (NSAID), kopi dan dadah
> kurangkan stress dengan cara yang baik seperti senaman atau solat
> elakkan memakan makan segera yang tinggi kandungan lemak trans
> elakkan makanan yang pedas dan terlalu berempah 

PERHATIAN!!
Sekiranya gastritis dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kita kehilangan darah yang banyak atau berisiko menghidapi kanser perut. Jadi dapatkan rawatan dengan segera!

Kebiasaannya rawatan untuk mild gastritis atau gastrik yang ringan ialah dengan minum ubat MT (Magnesium trisilicate). Dalam bahasa melayu kunonya, susu kapurlah hehe..ini adalah untuk meneutralkan kembali kadar asid yang tinggi dalam perut. Kalau tak dineutralkan maka nanti akan terhakislah lapisan dalam perut kita. Tak ke ngeri tu? 

Selain meminum susu kapur yang rasanya eheh den tak berapa gemar, ada juga pilihan lain iaitu dengan mengambil Set Gastrik Shaklee. Kajian menujukkan pengambilan nutrisi dan supplement yang betul mampu menolong mengatasi masalah gastrik. Dalam set gastrik Shaklee ini terdapat sumber protein yang membantu proses penyembuhan dan pembaharuan sel-sel dan tisu-tisu yang melapisi perut. Terdapat juga sumber vitamin seperti vitamin B dan mineral seperti kalsium dan magnesium yang membantu mengurangkan gejala gastrik. Selain itu terdapat asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan radang perut dan herba peppermint dqpat melegakan simptom.


*produk Shaklee bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan mencegah penyakit. 

Hubungi saya untuk konsultansi percuma dan pembelian produk mengikut bajet dan keperluaan anda

whatsapp/call/sms: 0133174886
emel: ummuhariz88@gmail.com
facebook: bonda cergas
shaklee id: 1182801