Monday, 9 March 2015

Cara memilih breast pump yang terbaik

Breast pump? Apa tu? Breast pump ialah alatan yang digunakan untuk pam susu badan. Zaman sekarang ni awareness tentang penyusuan badan dah semakin meningkat jadi breast pump dah jadi alat wajib untuk para ibu beli.



Apakah kegunaan breast pump ni selain daripada pam susu?
1. Untuk kumpul stok EBM (expressed breast milk). Sangat-sangat penting untuk ibu-ibu berkerjaya. EBM dikumpul sejak dalam pantang dan diteruskan sebaik sahaja mula bekerja. Jadi pemilihan breast pump harus menitikberatkan soal kegunaannya di pejabat nanti

2. Melegakan bengkak susu. Lazimnya ibu yang baru bersalin akan mengalami bengkak susu/engorged breast semasa minggu pertama dalam pantang. Maka breast pump boleh menjadi penyelamat.

3. Merangsang penghasilan susu yang lebih banyak. Ibu yang sedang menyusukan anak boleh pam susu sambil menyusu (tandem pumping) atau pam setiap kali lepas menyusu untuk banyakkan susu. Ibu yang sudah berhenti menyusu kemudian nak memulakan penyusuan semula (relaktasi) juga boleh menggunakan breast pump untuk merangsang kelenjar susu menghasilkan susu. Begitu juga dengan wanita yang ingin menyusukan anak angkat.

Jadi, breast pump macam mana yang kita kena pilih? Untuk memilih breast pump, ada kriteria-kriteria tertentu yang boleh dilihat

  • Bunyi motor
  • Berat dan saiz
  • Single atau double pumping
  • Beroperasi secara manual, bateri atau elektrik
  • Harga / nilai

Bunyi motor
Untuk kebanyakan wanita berkerjaya, bunyi motor sangatlah penting. Siapalah yang nak satu ofis tahu yang kita sedang pam susu betul tak? Silap haribulan ofis sebelah pun tahu kita sedang pam susu. Kadang- kadang bunyi motor pun boleh jadi annoying dan stressful walaupun hanya mengepam di rumah. Ada baby yang sensitif, elok-elok kita berjaya tidurkan dia, akhirnya dia terjaga dan merengek sebab bunyi breast pump yang kuat. Jadi sebelum beli breast pump, test lah dulu bunyi motornya.

Operasi manual, bateri atau elektrik
Cara operasi breast pump mempengaruhi berapa lama masa yang kita guna untuk sesi mengepam. Pam manual lebih lama mengepam susu berbanding elektrik. Namun ada pam elektrik yang tak dapat mengepam susu secara optimum lalu menyebabkan lebih lama masa diperlukan untuk mengepam sehumlah susu. Memang kena trial and error lah. Kebaikan pam manual ialah ia boleh digunakan semasa ketiadaan elektrik. Pam yang menggunakanbateri juga boleh digunakan. Ada juga pam elektrik yang boleh beroperasi menggunakan power bank atau bateri yang boleh dicaj dan tahan untuk beberapa jam penggunaan tanpa elektrik. Untuk standby waktu-waktu kecemasan eloklah invest dengan membeli satu pam manual yang berkualiti. Ia juga praktikal untuk digunakan semasa travel dalam kereta.

Single/double pumping
Double pump lebih menjimatkan masa daripada single pump. Bayangkan anda guna single pump, anda kena pam 15 minit di sebelah kiri dan 15 minit di sebelah kanan, menjadikan total masa yang digunakan sebanyak 30 minit. Berbanding double pump, anda boleh cut half of the time you spent on double pumping. Eh tiba-tiba terspeaking heheh.. Pendek kata double pump memang sangat-sangat menjimatkan masa especially untuk wanita berkerjaya. Namun untuk double pump, anda dinasihatkan untuk invest sedikit dengan membeli handsfree bra supaya tangan anda tak lenguh nak pegang 2 pam di tangan! Lenguh ok dan bosan sebab kedua-dua tangan telah ocuupied dengan aktiviti mengepam. With handsfree bra anda boleh multi-task dan jimat masa lagi di situ. See...anda juga mungkin boleh cuba Freemie collection cup yang membolehkan anda double pump secara handsfree.



Berat dan saiz
Ini juga merupakan kriteria penting. Untuk wanita bekerjaya dan yang suka travel dicadangkan beli breast pump yang kecil dan ringan supaya nanti tak sengsara nak packing dan bawa breast pump ke hulu ke hilir. Bigger size biasanya heavy duty dan tahan lasak namun ada juga breast pump yang kecil tapi tahan lasak.

User friendly
Pilihlah breast pump yang mudah nak pasang, mudah faham cara nak kendalikan, mudah handle, mudah cuci dan mudah jaga. Ini akan membuat hidup anda lebih mudah. Menguruskan EBM bagi saya ialah satu kerja yang banyak songeh. Macam-macam prosedur dan peraturan yang kena patuhi so kalau breast pump anda jenis yang memudahkan pengguna aka user friendly maka anda akan jimat lebih masa dan minda lebih tenang.

Harga
Tak semestinya yang mahal itu berkualiti dan yang murah itu tiada kualiti. Timbangkan faktor lain dalam pemilihan breast pump kemudian fikirkan adakah berbaloi dengan harganya. Pada saya, tiada breast pump yang sempurna. Semuanya ada pros n con masing-masing. Sekiranya anda mampu beli breast pump yang paling mahal pun, pasti ada satu dua perkara yang tidak memenuhi kriteria anda. Jangan kedekut dalam membeli breast pump kerana jika ia sangat berkualiti dan sesuai untuk anda, anda boleh gunakannya untuk anak-anak seterusnya pula. Buatlah pilihan bijak dan yang paling penting ukurlah baju di badan sendiri. Kalau breast pump A bagus untuk rakan anda, tak semestinya bagus untuk anda.

Happy shopping!

No comments:

Post a Comment