Sunday, 1 March 2015

Perbezaan warna susu ibu

Kenapa susu saya berubah warna?

Susu ibu tak seperti susu formula. Susu ibu hidup. Ia dibekalkan mengikut keperluan bayi. 

Contohnya susu untuk bayi pramatang lebih kekuningan dan tinggi lemak untuk membantu bayi pramatang membesar dengan lebih cepat.

Pada cuaca panas pula, susu ibu lazimnya tinggi kandungan air maka lebih cair sifatnya supaya mengelakkan dehidrasi kepada bayi.

Susu di awal kelahiran dipanggil kolostrum. Ia sangat pekat, sedikit likat, dan berwarna kuning pekat. Pada peringkat ini ia mempunyai kandungan antibodi yang tinggi untuk melindungi bayi yang baru lahir daripada serangan penyakit.

Susu ibu juga terbahagi kepada 2 peringkat. Susu awal dan susu akhir. Susu awal ialah susu yang baru keluar. Lazimnya susu ini tinggi gula dan kurang kalori. Warnanya cair kebiruan. 

Susu akhir pula tinggi kalori dan lemak. Dan warnanya putih pekat berkrim. Sekiranya bayi anda minum terlalu banyak susu awal, najisnya akan berwarna hijau dan kebiasaannya bayi ini menunjukkan pertambahan berat badan yg kurang.
Sumber: breastfeeding basics



Berminat untuk menambah khasiat dan kualiti susu ibu? 

Set penyusuan Shaklee membekalkan khasiat nutrisi yang tinggi bagi pengeluaran susu ibu. Susu ibu pastinya menjadi lebih pekat dan lazat. Baby yang minum pun cepat kenyang dan gembira :)


Hubungi saya untuk info lanjut dan konsultansi percuma.

Whatsapp/call/sms: 0133174886
Email: ummuhariz88@gmail.com
Facebook: Bonda Cergas
Shaklee ID: 1182801

No comments:

Post a Comment